WELCOME

http://www.cute-smiley.com

Friday, March 11, 2011

saling mengingati .

Assalamualaikum ! Hello readers ! :)

entry kali ni agak panjang dan ber'emo' sikit. hmm. 

bila saya buka inbox kat fb harini, ada seorang gadis beri saya satu link. dia suruh saya baca. untuk kebaikan saya juga, katanya. saya baca artikel tu, saya senyum & saya bermonolog "Alhamdulillah, manusia masih saling mengingati". nak link tu ke? boleh check kat sini .

saya bukan taknak ikut, cuma mungkin saya belum terbuka untuk buat macamtu. yes, saya lebih banyak bergaul dengan lelaki. bukan sebab saya nak tunjuk hot depan lelaki. tapi, saya lebih selesa bergaul dengan lelaki kerana mereka lebih bersikap terbuka. perempuan pun, ada juga yang boleh ngam dengan saya, tapi tak ramai. mostly, perempuan lebih suka bergaul dengan perempuan.

banyak sebab. mungkin sebab mereka kurang selesa dengan sikap lelaki yang suka gurau kasar. atau mungkin boyfriend masing masing tak bagi berkawan dengan lelaki lain. saya pulak, memang dari kecik rapat dengan lelaki. mungkin sebab selalu bergusti dengan abang saya, jadi saya tomboy sket. walaupun berpakaian sopan seperti perempuan.

ada jugak dalam artikel tu cakap, jangan tunjuk muka cun cun depan lelaki.. means, macam snap pic & masukkan dalam fb. well, lumrah perempuan. saya boleh je hidekan semua gambar tu. tak jadi masalah. nak delete fb terus pon takpe. tapi, seperti yang saya katakan tadi, saya belum terbuka hati nak buat macamtu.

saya akan buat macamtu bila saya betul betul ikhlas. bukan sebab artikel, bukan sebab boyfriend, bukan sebab mak ayah suruh. sama macam pakai tudung. ada yang pakai tudung sebab boyfren suruh. bila break up, tak pakai tudung balik. kan tak ikhlas namanya? biarlah saya buat ikhlas kerana Allah.

so, thanx a lot kepada gadis berkenaan. saya bukan tak cuba untuk buat semua tu, tapi tak boleh. mungkin belum tiba masanya. insyaAllah masa itu akan tiba. dimana saya tidak akan bergaul sesuka hati dengan lelaki macam sekarang, & takkan menunjukkan muka depan lelaki bukan muhrim. ngahaa~

its just, saya belum cukup pandai jadi hipokrit. bagilah saya masa untuk lakukan semua ini dengan ikhlas. doakan saya menjadi lebih baik. insyaAllah :)


A F I Q A H Z A I R I Z A L

7 pencinta coklat:

Bulan said... [Reply]

itsokay fiqa.. dulu sya pon same je mcm fiqa.. same sangat... :)

AfiqahZ said... [Reply]

@Bulan
sama? really? means?

kay_are said... [Reply]

betul2.. nak wat something biar r ikhlas.. bukan sebab disuruh atau nak tunjuk2..

AfiqahZ said... [Reply]

@kay_are
yeap :)

Qaseh Dalia said... [Reply]

kalau itu utk kebaikan tak salah untukmencuba ..setiap org akan berubah cuma need a time ..kalau kite nak berubah biar selama2nya bukan sehari sbb tu xleh nak berubah dlm satu hari rite dear ..if mahu boleh je...:D

AfiqahZ said... [Reply]

@Qaseh dalia adelia
agree. it takes time :)

Bulan said... [Reply]

@-[miracle]- yup.. dlu sya mcm fiqa.. rpat dgn laki.. mmg dlu pndpat sya sme mcm fiqa.. kwn dgn pompan kdng2 boring.. dgn laki best.. dyorg lbih faham.. n kite sng nak dgr pndpat dr dak laki.. tak pe.. amek la mase fiqa ea.. one day.. Allah akan buka pintu hati fiqa utk berubah,,, insyaAllah...
:) aminn~