WELCOME

http://www.cute-smiley.com

Sunday, February 20, 2011

kenapa mesti terpisah ?

Assalamualaikum ! Hello readers ! :)

bangun harini agak awal. then, terasa nak tengok balik gambar lama-lama. semua gambar dengan kawan kawan aku bukak. & aku nampak folder "Cova Memories". aku bukak folder tu. banyak gambar kami berempat. Eika, Alina, Siti & Nina. rasa sebak bila tengok balik gambar gambar tu .

dulu, kemana pon kami pergi, kami sentiasa berempat. banyak aktiviti kami buat sama sama. jalan jalan kat theCurve, shopping barang rumah kat Tesco, kacau Nina memasak, lepak kat bilik Alina & Nina, main make-up, sambut merdeka, menjerit jerit kat rumah, pergi kelas sama sama, buat assignment sama sama, dengar masalah, dengar cerita masing masing, tengok tv sama sama, pergi rumah Mak Lang Alina, puasa bersama, pergi bazar ramadhan & banyak lagi !


semua tu membawa kenangan manis untuk aku. kami jarang gado. kalao saje saje memain tu, ada lah jugak. tapi, bila dah pindah ke Flora Damansara, semua dah berubah. awalnya, kami tetap bersama. tapi, lama kelamaan..semua tu hilang. aku tatawu mana silapnya. mungkin ada silap aku. tapi, kenapa sampai macamni?

langsung tak bertegur sapa. since naik cuti Chinese New Year, aku cuma terperap dalam bilik. aku cuma akan keluar time diorang takde kat luar. aku terasa hati dengan perbuatan diorang. dulu, aku sebilik dengan Siti tapi sekarang aku dah berpindah bilik dengan Alina. aku rapat dengan Alina. tapi, aku dah makin jaoh dengan Nina & Siti.  kenapa macamni? dulu kita seronok je bersama. 


Alina, thanx sebab sampai sekarang masih bersama aku. walaupon aku annoying, kau tetap bersama dengan aku. kau selalu dengar masalah aku. kau tak penah jemu layan aku. well, mungkn kau dah jemu, tapi sebab aku comel, kau layan jugak. haha. perasan 2 saat. thanx alina ! u r my bestfriend ever. study hard okayy. aku bangga dengan kau sebab pointer makin meningkat. congrats ! :)


Siti, aku tengok kau makin berubah since couple dengan Tokpa. aku bukan tak bagi kau bersama dengan dia. cuma, mungkin kau patut pandai bahagikan masa dengan dia & rakan rakan. jangan sampai kawan kawan terasa dipinggirkan. sebab itu yang aku rasa since kau couple. kau selalu berdua dengan dia je. jangan sampai cinta korang buat kau lupa pada study. maaf kalau kau marah aku cakap macamni. aku cuma meluahkan perasaan.


Nina, aku tatawu apa salah aku dengan kau. aku rasa aku tak pernah cari gado dengan kau. tetibe, kau text nak pindah bilik. & kau pindahkan semua barang aku tanpa kebenaran. aku sangat marah tentang itu. once aku marah, tak mudah aku nak tegur melainkan kau mulakan. tapi, ape kau buat cuma text & text aku. boleh kan face to face? aku lagi puas hati kalau macam tu. sebab kalau mesej, aku ta nampak keikhlasan kau.


rakan rakan, maaf. mungkin aku ada menyakitkan hati kalian. ada buat korang benci, sakit hati, terkilan, terasa. aku jenis yang cakap main lepas. aku tak pandai nak jaga hati kawan kawan perempuan. dats y aku lebih selesa kawan dengan lelaki. coz diorang jenis tak simpan dalam. tapi perempuan lebih sensitif. dats y lah kot aku kurang kawan perempuan.

whatever it is, aku doakan korang semua berjaya. moga cita cita korang tercapai. ingat tujuan utama datang sini. bukan nak cari musuh. banggakan parents masing masing. study hard & study smart. get a great pointer & be a successful Staff Nurse. gambate !



A F I Q A H Z A I R I Z A L

8 pencinta coklat:

abigemok said... [Reply]

sbr je la. hidup mmg mcm tu. bukan semua akan puas hati dgn kita n kta takan dpt puaskan hati semua org

mira . said... [Reply]

oke .kita sama.tp maybe perpisahan tu perlu,sbb allah na jmpakan kite dgn someone yg better :)

AfiqahZ said... [Reply]

@Kyuubi
yeahh . absolutely. thanx :)

AfiqahZ said... [Reply]

@mira .
oh really? well, maybe. :)

Anonymous said... [Reply]

miaa tkde kwn kampus pon huhuhu

AfiqahZ said... [Reply]

@miaa spungen
takde? eh, how come?

taty rosley said... [Reply]

sme lah . rindu dgn shbt mse sek .
waaa .
pape pon , just be a cool .
pray for u . semoge pershbtn u , akn bersatu balik . :)

AfiqahZ said... [Reply]

@miss atie
pergh! kalo kawan sekolah, takyah cite ahh. rindu gegilerhh :D