WELCOME

http://www.cute-smiley.com

Monday, May 30, 2011

mama jangan sakit . :(

Assalamualaikum ! Hello readers ! :D

lepas solat maghrib tadi, aku terus lepak depan tv menonton Nora Elena. tak layan pun cerita tu sebenarnya. tapi sebab cici & dayot minat sgt, aku pun join la tengok. time ngah tengok, dengar macam mama panggil nama someone dari dalam bilik mama. aku ingat mama panggil papa. So, aku biar je lah. 

tetibe, cici masuk bilik mama. jamil pon ikut masuk bilik. aku stay kat depan tv. tetibe dengar cici cakap "mama kenapa ni ma?? mama!! eikaaa !!" . aku terus lari masuk bilik. Jamil pulak meluru keluar dari bilik mama & terus keluar panggil papa kat luar rumah. aku tengok mama sesak nafas. aku terkejut & berdiri kat situ macam patung. cici suruh ambik air. aku da cemas. aku lari ke dapur & ambik air.

time masuk bilik, nampak papa kat sisi mama. tengah usap kepala mama. tenangkan mama. cici tengah urut tangan mama. dayot urut kaki mama. jamil urut kepala mama.papa cakap "cik nurse, kita nak buat ape ni?". aku kaku kat situ. pastu aku cakap "setawu eika, kalao sesak nafas, kene  dudukkan pesakit. pastu bagi oxygen. disebabkan takde oxygen, kita buat immediate action je lahh. dudukkan mama". kami angkat mama, suruh mama duduk. mama try duduk. tapi tak boleh. mama makin sesak nafas. so, kami baringkan mama tapi tinggikan bantal. 

aku check nadi & pernafasan mama. semua masih dalam keadaan normal. mama pon start tenang je. aku nak check suhu badan mama.. time ni, ada benda lawak terjadi. better dirahsiakan. hehe. time nak amik temperature mama la, mama tersedar & gelak tengok aku nak amek suhu badan. kami pon bantai la ketawa tengok mama gelak. walaupun gelak sopan je sebab masih sesak nafas. sepatutnya, kalao sesak nafas, jangan gelak taoo. huhu. sibaik mama ok je tadi.

then, kami sediakan makanan sebab mama puasa. then, hari panas. lapar & banyak buat kerja. thats y lah kott sesak nafas. lepas makan , aku update blog kejap. sempat lagi kan? huhu. skang nak g depan, sambung jaga mama. & now, aku sedar yang aku perlu belajar lebih lanjut pasal tindakan nurse dalam keadaan cemas macamtu. apa guna ada anak nurse kalau tak boleh tolong mak sendiri. memalukan bukan? huu~

apa pon, aku harap mama akan cepat sembuh. Doakan mama saya yea . Saya Sayang Mama !! terima kasih :)

A F I Q A H Z A I R I Z A L

2 pencinta coklat:

Nasriq said... [Reply]

tak pe... belum ada pengalaman sangat lagi... nanti dah kerja mesti dah expert dah...

akoo said... [Reply]

bgusnye..bley praktikkan ape yg dbuat d tmpt keje kat uma..huhu

ttbe jeles~hee