WELCOME

http://www.cute-smiley.com

Wednesday, March 30, 2011

makcik hyperactive kene ikat

Assalamualaikum! Hello readers ! :)

29.03.2011, Tuesday - Kami bersiap agak awal harini. Ade beberapa student lewat..jadi CI terpaksa tunggu mereka untuk kunci rumah. Saya, Alina, Nina, Fatin, Sya & Syira pula sangat semangat. Jadi, kami bergerak dihadapan & pergi ke hospital kerana dah tawu jalan nak g sepital. Kami tiba di sepital lebih awal dari CI. Boleh nampak kan betapa excitednya kami? ow yeahh! :D

Sampai sana, letak beg & terus buat handwashing. Dengar staff nurse pass report. Just follow & dengar even ta paham. bantai je lah labuu. then, ada seorang pesakit baru yang hyperactive. kami lihat tangan die kene ikat ! CI bukak ikatan sebab die kata sakit. kesian. rupanya, makcik ni sangat buas. die guna tangan die lagi satu untuk buka ikatan & die turun dari katil. kami terpaksa ikat die balik & die meracau sorang diri. dia makcik berbangsa India, so memang ta paham la ape die merepek.

dia meludah & sepak sepak bila orang nak ikat dia. semua staff nurse tengok & buat bodo macam malas nak layan. kami yang saspen tengok makcik tu camtu. hadoyaii ! staff nurse siap marah makcik tu. tapi, makcik tu bukan paham bahasa melayu. so, die tetap membebel sorang sorang, pastu die menangis. pastu, die bebel lagi. =='

oh btw, harini saya jaga bilik isolation [ISO]. cuma ada 3 orang pesakit. 3 orang student nurse jaga situ. lepas buat vital sign, saya dah start bosan. so, saya pergi jalan jalan ke cubical lain. CI nmpk, die marah & suruh balik ke tempat asal. lepas 5 minit, saya keluar lagi. kene marah lagi & balik ke ISO. lepas CI ta perasan, saya keluar lagi. & begitulah seterusnya. sampai CI naik tension dengan saya & kata nak hantar saya balik kolej. aww . takut la :D

saya suka pergi cubical 3 sebab makcik hyperactive ada kat situ. lepas CI tension ngan saya, die g jaga saya kat ISO sebab tanak bagi saya jalan jalan. bosan tahuu !! kekadang, saya tolong bebudak yang jaga cubical buat procedure. saya pakai mask, saya igt CI ta perasan saya. rupanya, dia perasan jugak. nasib baik saya tengah buat procedure, kalau tak..mesti dah kene balik ke tempat asal. saya tamahu jaga isolation room lagi !!!

tapi, pesakit saya kat ISO sangat baik. dia siap bagi saya kerusi..suruh saya duduk. sebab die kata kesian tengok saya berdiri je. dia adalah seorang makcik India. ehe. baik je dia suruh duduk. kalau boleh, dah lama saya duduk. Tapi, kami dilarang sama sekali untuk duduk. saya budak baik & sopan & err.. mendengar kata.. :D

hari kedua, saya banyak buat procedure empty urine. bila nak empty urine bag, CI mesti akan cari saya & pandang saya sambil senyum senyum. nak gadoh la tu. wakakaka. diorang semua geli nak empty urine. saya dah tak mampu nak ada perasaan geli. even tengah makan, diorang sembang pasal buat bowel open atau bed sore, saya dah biasa je makan. hebat kan? malas la nak belagak. walaupun kekadang ade gak rasa nak terkeluar isi perut. ta guna betul sembang pasal buad perineal care time makan. hampehh ! =="

masa balik adalah masa yang ditunggu tunggu. kami singgah Save More. beli air mineral sebab panas sangat. so, air mineral sangat diperlukan. time sampai rumah, CI ta sampai lagi. so, saya & Alina duduk dulu kat luar. Ci sampai, kami masuk..naik ke bilik & terus tidur tanpa sempat menukar pakaian. bangun bila hampir maghrib. mandi 7 basuh baju. then, terus turun ke hall bawah untuk study. :)

percaya ke kami study? kami lebih banyak bersembang & main snap snap gambar. untung la ade Nikon. haha. sila jelous. itu sahaja. pasal hari kedua. kot :P





A F I Q A H Z A I R I Z A L