WELCOME

http://www.cute-smiley.com

Friday, October 10, 2014

Sweet escape to Perhentian Island

Assalamualaikum ! Hello readers ! :D

Amaran : This is gonna be a very very very long entry with lots of pictures. Sila sediakan jajan so boleh baca sambil makan. 

Okay, nak dijadikan cerita, me & my friends plan untuk pergi bercuti di pulau. Dulu zaman study, tak boleh nak pergi sana sini sebab tarak pitih dan susah dapat kebenaran family since student lagi kan. Sekarang, memasing dah kerja, ada duit sendiri dan dah besar untuk jenjalan dan pergi bercuti, maka kami pun plan nak bersantai di Pulau Perhentian on 7, 8 & 9 October 2014.

Kami naik bas Sani Ekspress di Klang Sentral terus ke Kuala Besut. Daripada plan beramai ramai, akhirnya cuma 4 orang je yang jadi pergi. Tak kisah lah berapa orang, yang penting pergi. Dah la aku tengah demam, flu, batuk, tapi tetap jugak gagahkan diri untuk pergi. Haha nasib la labuu. Kami gerak 6/10/2014 naik bas 8.30pm, tapi bas lewat sampai. 10.20pm baru gerak dari Klang Sentral. Ciss. Selepas 9 jam perjalanan, kami tiba di Kuala Besut around 7pagi.



Muka excited sebab turun je bas terus nampak laut.

Riri , Fi , Ayu, Apiz

Disebabkan masih awal, kitorang pun cari tempat untuk breakfast kat kedai si nyah bedak tebal lipstik merah. Haha katanya, bot pukoi 10am, tapi bila call si Zahar, dia cakap dah boleh masuk kol 9am. So kami pun terus la pergi jeti dan naik boat menuju ke Pulau Perhentian. Aaaa excited bak hang!


Haiiiiiiii Pulau Perhentiannnnn !!

Cantik angat angat angat the sea and the view.

Tak kisah serabai mambai, yang penting seronok !

Sampai Yellow house dalam 10 pagi. Yeah, kami stay di Fisherman Village. Still dalam pembangunan, so depan rumah kitorang bukan terus pantai. Biawak pun ada jalan jalan kat kampung ni. So far, the house is nice la. Sesuai la dengan harga backpackers RM240 untuk 3 hari 2 malam. Nak rumah sedap, pergi stay kat Abdul's Chalet kat Tuna Bay, superb cantik. Next time bila ada duit banyak banyak ok ! :D

For the activities, we're dealing with Ja & K. Mostly, memang abe K je la yang kitorg selalu deal with. Sesampainya kami di Yellow House selepas ditunjukkan oleh poksu, kami pun berehat. Dalam 2.30pm, baru kitorg dihantar ke Tuna Bay untuk aktiviti bebas kami sendiri. Snorkelling & main volleyball. Serious talk, kalau nak cari chalet, better kat Tuna Bay. Everything is there. Superb!

Waiting for Abe K untuk jemput kami dari Fisherman Village ke Tuna Bay

Jenjalan meninjau Tuna Bay sebelum membasahkan diri.

Team Volleyball #rifiyupiz

Perangai Fi & Ayu

This is Tuna Bay yoo.

Cetek je dekat atas pasir, thats y air tak berapa jernih dalam gambar ni. 

Memasing bermata 4. Apiz suka lari, so tak banyak gambar ada dia.

Penat. Berjemur sat.

Kitorang memang buat aktiviti sendiri tanpa guide. Tak kisah la, yang penting we really had fun. Dalam 6pm, abe K jemput kitorang bawak balik Yellow house. Mandi kat rumah pulak. Kat sini, mesti sehari mandi sampai 3-4 kali. Lepas maghrib, memasing mengadu lapar. Mana tak nya, last makan masa breakfast. Seharian kat pulau, tak reti nak rasa lapar sebab asyik sangat bergumbira.

Sebenarnya, makan termasuk dalam pakej, tapi disebabkan raya haji, so mokcik yang sediakan makanan untuk kitorang takde. Terpaksa cari makanan sendiri dan harga di pulau 2 kali ganda dari harga darat ! Nasib la labuuuu ~

 Lepas dinner, kitorang jalan balik ke rumah sambil menikmati udara malam yang aman damai sejahtera sambil melihat anak anak pulau bermain berlari dan bersuka ria. Ecehh ayat! Then, kitorang nampak awek Ganu cun tengah buat burger. Rasa terpanggil untuk merasa. Sebelah burger, ada air kocok aka shake. Comey nau dengar diorang cakap bahasa Ganu. So, makan lagi dan lagi burger dan air kocok. Siap ada tempat lepak kat sebelah gerai tu. Kitorang pun melepak kat situ. Aihhh seronok sangat suasana tu. Siap dengan udara yang menyegarkan. Rindu ! Lepas kenyang, sembang sat kat ruang tamu sebelum memasing masuk bilik dan berehat menumpul tenaga untuk keesokan hari.


The next day, awal pagi aku dah terjaga sebab rumah dekat dengan surau. So, dengar la mereka mengaji dan azan subuh. Aktiviti kitorg pun start 9.30am. Kejutkan the guys tu solat then bersiap siap untuk aktiviti snorkeling! Yeayy! Excited much! Breakfast dulu kat tepi laut pekena roti canai. Superb sedap kuah roti canai tu. Almaklum, harga 2 kali ganda, mesti lah sedap. Abang bot tunjukkan kami few spots, meh aku belanja gambar sikit bagi korang jeles dan nak pergi gak. Hehe :D


Ini bot & geng snorkeling on our second day.

Everyone was like "Obor obor, lari lari !"


Menggelupur lari bila nampak obor obor. Haha

Haiii. Peace sikit. Ni area obor obor, tarak ikan nemo.

Time ni Riri lepak atas bot cari roti nak bagi ikan kot. Haha

This is coral bay, tak silap. Eleh cetek je. Haha


The only gambar snorkeling berempat yang kami ada even tak berapa nampak Riri & Apiz.

Kitorang naik bot awal sebab this place sangat banyak obor obor. Takut kena sengat.

 
Kalau pergi Terengganu tak dapat jumpa penyu, tak puas lah der. We're so lucky sebab dapat tengok penyu bebetul bawah kaki. Besar sangat! Jumpa 2 ekor penyu. Yeayy ! :D

Ni area paling best. Banyak ikan yipss!

Depa dok baling roti dekat dengan bot, so terpaksa pergi dekat dengat bot untuk dapat shot dengan ikan.

Fi, Ayu and the fish.

Air kat sini sangat sangat sangat sejuk !


Last point, abang bot cakap itu Shark point. Lepas dia cakap, dia terus menyelam sebab dia sendiri nak cari shark. Hampeh punya abe bot. So tinggal lah kami terkapai kapai di atas bot. Then, one by one turun. I am the last person turun. Shark kot! Aihh seram mak jemah! Tapi, diorang cakap takde shark, so aku pun yakinlah tak mungkin ada shark dekat situ. Plus, ada Nemo house katanya. So, snorkeling lah kat area shark point kononnya tu.

Kat sini, takde gambar sebab video je mana tau jumpa shark so boleh laju laju rakam. Dalam 5 minit snorkeling dengan hati gumbira tanpa secalit perasaan risau, aku pun meninjau keadaan di atas. Semua orang tengah sibuk cari shark. Once aku turunkan kepala balik, nampak shark bebetul kat bawah ! Takde lah bebetul bawah aku, tapi dia ada kat dasar laut dan di bawah aku. Takyah nak rakam sangat, terus menggelupur lari sambil jerit "Shark! Shark!".

Hushh dia punya takut tu macam nak kena makan dek shark. Kalau shark kecik, takpe gak sebab aku dengar dorang cakap baby shark. Itu bukan baby Shark, itu bapak Shark! Disebabkan lari dari shark, aku pun macam dah jauh dari bot. So, nak patah la balik pergi bot. Taknak snorkeling sebab risau nampak shark lagi. Tapi kalau tak nampak bawah, risau sebab kaki ada kat bawah laut. So, snorkeling je la sambil tengok batu karang dan keindahan bawah laut. 

Bila nak sampai bot, AGAIN nampak shark bawah bot! Demmittttt terus jauhkan diri dari bot. 2 kali nampak shark, cukup untuk membuatkan aku tanak snorkeling dah. Serious talk, once berjaya naik bot, memang aku takde snorkeling dan turun kat air dah. Nasib baik itu last point. Orang lain punya lah tanak naik bot sebab belum nampak shark, aku yang taknak nampak shark ni lah yang nampak sampai 2 kali. Haihh la nasib.

Dua orang awek cun yang nampak shark dua kali. K.

Dalam 1pm++, aktiviti snorkeling pun tamat dan kami pun kembali ke Yellow house. Turun bot, terus tapau makanan untuk lunch. Lepas mandi, kami pun makan makanan pulau. Petang tu, kitorang bosan lepak rumah je. Then, suruh Abe K hantar pergi tuna bay. Main volley ball & beryoga kat situ. Aku tamau masuk laut dah sebab still fobia dengan shark. So kitorang main atas pasir je lah.

Yeah, I need more practice!

Hehe again.

Nak buat 4 tingkat, tapi tak jadi sama ada Apiz tak larat atau Ayu berat. Haha :D

Buat lah apape asalkan bahagia ~

Riadah petang :D

Ada net tapi belah sana ada bebudak tengah training so takleh kacau.


Muka memasing dah burn !

Going back to Yellow House after a wonderful evening !

Seharian beraktiviti, kitorang pun mandi lagi kat rumah. Even tak main air, tapi tetap main pasir dan tetap basah. Sehari mandi memang berkali kali. Rajinnya! Malam terakhir, kami pun keluar cari makan. Makan sosej dan burger. Makanan kat Ganu memang mostly manis manis. Akhirnya malam terakhir di Pulau Perhentian pun melabuhkan tirainya.

Hari terakhir di pulau, plan nak bangun lewat sebab dah takde aktiviti. Tinggal tunggu bot nak balik je 4pm sebab tiket bas 8.30pm. Tapi, tetap bangun awal sebab dengar azan subuh. Disebabkan tak puas hati semua orang masih lena, aku pun kejutkan diorang. Kahkah. Pagi tu, breakfast kat kedai semalam. Jatuh hati dengan kuah roti canai kat situ. Memang superb wa cakap lu. Hehe nak rasa boleh pergi Pulau Perhentian, stop kat Fisherman Village makan kat kedai sebelah jeti. Dap dap!

Lepas breakfast, memasing mengemas bag. Disebabkan dinding bilik aku & ayu cantik, kitorang pun jadikan bilik kami studio. Oh yang paling best kat Yellow house, ada aircond & kipas 24 jam! Memang superb dan sejuk sentiasa. Bilik pun not bad, setiap bilik ada bilik air sendiri. Ruang tamu pun besar. Memang terbaik cuma pemandangan depan rumah je tak berapa nak ohsem.


Four of us in Perhentian Island

The boys : Azrry & Hafiz

The girls : Ayu & Fi

Lepas bosan snap gambar kat rumah, kami buat keputusan cari jajan kat kedai Mak Esah. Beli aiskrim dan melepak di tepi laut. Again buat perangai atas batu batu. Sementara masih ada masa, kita gunakan apa yang ada. Kalau duduk rumah main phone je, kat rumah memasing pun boleh.


Baru lepas habis makan aiskrim. Panas!



Around 3pm, kami pun bersiap siap keluar dari yellow house. Waiting for Zahar dekat jeti.Bot sampai dalam 4pm. At first, cuaca memang okay. Sampai tengah lautan where kalau bot karam pun no one can see, start awan gelap. Then hujan yang pedih sangat menampar pipi and the laut bergelora dan sangat menakutkan. Masa tu memang istighfar dan fikir nak tengok darat cepat cepat. Memula memang memasing gelak gelak, last last bila makin menakutkan, terus semua terdiam. Kelat muka memasing. Air pun masuk dalam bot. Lencun badan dan basah segala beg. Haihh dengan perasaan takut shark tak hilang lagi. Lepas beberapa ketika di atas laut dengan cuaca dan keadaan yang menggentarkan, akhirnya kami tetap sampai ke darat dengan selamat. Alhamdulillah!

While waiting for our bot untuk balik ke darat.

Sesampainya di darat, kitorang cari kedai untuk makan. Memang dah aim kedai tepi laut tu, so kami pun dinner kat situ. Lepas makan, pergi la cari barang souvenir. Malangnya, semua kedai tutup. Sedih sangat! Cuma 7E & beberapa kedai runcit je bukak. Yang lain, closed! Ada akak tu cakap, sebab dah nak musim tengkujuh, so 4pm semua kedai dah tutup. Hmm sedihnya.

Dinner tepi laut.

Masa jenjalan cari ole ole tapi semua kedai tutup.

Keropok lekor pun takde. So kami duduk la kat tempat tunggu teksi dan bas dengan perasaan hampa. Kebetulan, ada pasar malam kat depan tempat tunggu bas. Lepas dah lama duduk, Ayu perasan ada makcik jual keropok lekor. Kitorang pun pergi kat makcik tu dan beli semua keropok lekor yang makcik tu ada. Tak sampai 5 minit, habis licin jualan makcik tu. Hehe terima kasih makcik sebab jual keropok lekor. Yippss! 

Tekun kannn dapat keropok lekor punya pasal.

Kami pun jalan jalan area situ dan cuba makanan kat pasar malam yang cuma ada few gerai je. 8.30pm, naik bus. Tukar bas kat Jerteh. Masa balik, duduk kat tingkat bawah. Masa balik, duduk tingkat atas. Memang rasa nak muntah dan tak best sebab goyang sangat kot. Duduk bawah gak yang best. Anyway, kami selamat sampai dalam 5.30am. Kami pun pulang dengan selamat. Thank you my manager sebab bagi saya cuti 4 hari even saya cuma mintak 3 hari. Muka pun dah burn, perut pun dah makan sedap, badan pun dah kembali demam dan batuk dan flu. Back to basic, back to work.

Thanks for the awesome memories in Perhentian Island. Ayu, Riri, Apiz, thank you for making this holiday happen. Halalkan semuanya. Semoga kita dapat lagi pergi bercuti macam ni dengan kawan kawan yang lain sekali di tempat yang lagi awesome hokeng !

Puas dan bersyukur sebab dapat tengok penyu 2 ekor dan dapat tengok shark 2 kali. Ramai yang tak dapat tengok shark dan penyu, So, we consider lucky sebab dapat tengok both walaupun pergi masa musim hampir tengkujuh. Next time, plan awal tahun alrightt !

Perhentian Island, muah ! <3>



P/S : Setakat ni, gambar ada dalam 1,757 tak termasuk dalam phone aku, ayu & apiz, video ada 65. Boleh check insta #rifiyupiz untuk gambar Perhentian Island kami. Ecehh acah acah retis ! 




A F I Q A H Z A I R I Z A L

0 pencinta coklat: