WELCOME

http://www.cute-smiley.com

Tuesday, July 15, 2014

Senior cool, junior noob !

Assalamualaikum ! Hello readers !

Ohmaii rindu nya nak ber-blogging & ber-blog walking. Nak kata busy sangat sampai takde masa, tak jugak. Cuma.... malas kot. Hihi. Anyway, Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Bulan puasa ni, tak elok sangat mengutuk. Okay, bukan nak mengutuk, cuma nak menyampaikan apa yang dirasa. Sejak habis study, I worked in 2 different hospital. So, bila kita budak baru, mestilah namanya JUNIOR. Freshie pulak tu. Super duper junior (bukan macam band Korea tu) lah namanya. Things that I dont really get is, hebat sangat ke awak tu kalau jadi senior? Memang adat kalau senior tu mesti kena buli junior. Macam tu eh?

Haa meh nak habaq maii pasal seorang consultant kat hospital where I work currently. There's one patient datang dari government hospital dengan penyakit Dengue Fever. Al maklum, kan banyak sangat kes denggi lately. So, the parents of this patient sangat risau sebab doctor baru (HO) kat government tu cakap yang denggi sangat bahaya la, boleh bawak maut la. Bila dia sampai to hospital where I work, consultant ni pun menerangkan dengan cool dan cakap the patient's condition is not that serious.

So, the parents pelik la. Doctor kat hospital government cakap teruk, sampai boleh bawak maut. Doctor kat hospital swasta cakap it can be treated. Sobonanyo, adik tu okay je. Just normal dengue fever. Cuma perlu dirawat dengan IV drip je (buat buat faham la). Lepas the consultant doctor terangkan dengan lebih mendalam dan gaya bahasa serta intonasi yang sopan dan sedap didengari, maka parents adik yang sakit tu pun menarik nafas lega.

I told consultant tu "Aihh kenapa la doctor kat government tu cakap camtu. Kan parents adik tu dah risau".
Then the consultant said "I rasa itu HO. They are still new. Maybe they dont really know how to explain exactly to the parents. They are still learning. I pun dulu pernah jadi HO. I tahu yang kita semua belajar dari bawah, dan dengan experience kita boleh berjaya. So, we cannot blame the juniors since they are still learning. Coz one day, juniors gonna make it and be great".

See?? Its a consultant saying that! Awak tahu tak consultant tu lagi tinggi pangkat dari HO mahupun MO. Plus, he is a Paedetrician specialist ! How cool is that if all people in this world thinking like that. Ini tidak, baru jadi MO atau doctor biasa atau senior ke, terus hidung tinggi & tunjuk belang. Macam dah hebat sangat dan tahu semua benda so boleh buli junior sesuka hati. 

Well, some people saying that kena ajar or buli junior, baru diorang cepat belajar and tak pijak kepala senior. Hah, funny. Dah tu, awak tak fikir pulak kalau junior tu depressed dan tak boleh perform dengan baik? Kalau dapat junior hati batu macam aku ni, takpe lah. Kalau yang lemah lembut sopan santun, tak ke terluka hati orang tu? 

So, kalau awak dah senior pun, jangan la layan junior tu teruk sangat. If junior made mistakes, betul la harus ditegur atau dihukum. Tapi, dont make it too much. Dan, paling meluat bila junior buat salah, all the seniors jaja cerita kesalahan the junior sampai semua orang tahu dan buat junior tu depressed. So not cool tao. Keep it to yourself dah la. Macam la korang yang senior ni tak pernah jadi junior kann.

Ilham dari uncle Google Google My Bulbul Bulbul ~


This Junior and Senior things happen anywhere la. Dekat tempat kerja, dekat sekolah, dekat universiti, dan dekat memana lah yang ada orang baru dan orang lama. So, just fikir untuk kebaikan bersama. Tapayah fikir, yang kau kena teruk masa junior, so bila dah senior, kau kena layan junior kau dengan teruk jugak. Haihh tatahu la nak bagitahu macamana dah kes senior dan junior ni. Semoga anda boleh berfikir dengan waras. 

Siapa makan cili, dia terasa pedasnya. Nampak sangat tak puasa. Ehh. Okay malam ni nak iftar Mac n' Cheese buatan apikah yang hebat. Yumms yumms!

Selamat Hari Raya in advance sebab I'm sure I'm not gonna blogging for quite long time lepas ni sebab malas kekangan masa. Raya nanti, jemput datang ghumahhh. Tapi, den takdo kat rumah sebab kerja. Almaklum, junior mesti kena kerja untuk bagi peluang senior cuti. Aihh kes junior senior lagi. Okbai !



A F I Q A H Z A I R I Z A L

0 pencinta coklat: