WELCOME

http://www.cute-smiley.com

Saturday, November 19, 2011

Anak High Classss ! :>

Assalamualaikum ! Hello readers ! :D

cerita yang di adaptasi menjadi sebuah cerita pendek. Maaf, ta berapa reti nak buat cerpen. nak buat yang ringkas je sebenarnya. Tapi, ada maksud tersirat . Enjoy ;)


"Tahniah laaa Senah! Dah bertambah menantu kau. Makin meriah la rumah kau dengan cucu cucu kau nanti".
"Alahaii mekasih laa Tipah yee , aku pun seronok ni haa bertambah ahli keluarga" , kata Mak Senah dengan nada bangga .  "Kau nii bila lagi nak bermenantu ? Anak kau yang sulung tu umur dia bukan da 30 tahun ke? takkan takde calon kot?" , kata Mak Senah seakan mengejek ..

"Mungkin belum sampai seru. Jodoh tu kan di tangan Allah . Aku pun ta mampu nak buat ape ape dah." , kata Mak Tipah sambil senyum tawar. Geram pulak Mak Tipah bila Mak Senah seakan memerli dia. Tahu laa anak kau semua dah kawin , ingat anak aku tak laku ke? ciss !

Selesai menolong rewang di kenduri Mak Senah, Mak Tipah pun pulang ke rumahnya & menceritakan kejadian tadi kepada suaminya , Pak Daud. Pak Daud yang hampir mencapai umur 60-an terdiam selepas Mak Tipah menceritakan perihal anak mereka yang masih belum mendapat jodoh .

"Saya pun teringin nak tengok anak saya bersuami. Tipu lah kalau saya katakan, saya taknak timang cucu. Tapi, apakan daya. Takde sape berani dengan anak kamu tu kalau tengok cara hidup dia. Tengok la, dia mana ada makan makanan kampung. Yang dia makan, Tony Romas, Chilli's, Subway & makanan kat hotel je. Mana nak pandang masakan yang awak masak. Tak classs katanya" , Pak Daud mengeluh ..

"Mana ada lelaki berani nak berbinikan Si Melur tu. belajar dah sampai Master, gaji sampai 3 ribu, makanan mewah. Kalo ada lelaki nak kat die pun, terus cancel kalo tengok anak kamu tu. Bagi Melur tu, die je paling hebat . Orang lain semua bodoh sebab tak belajar tinggi macam dia. ", Pad Daud diam sejenak .

Mak Tipah menyambung " tu lah bang , semua orang kampung da sibuk perkatakan pasal anak kita tu. Mungkin hubungan dia dengan lelaki tak kekal, sbb sume budak laki ta berani nak ikut gaya hidup Si Melur tu. Mewah sangat. Kita ni kan orang Timur, ikut je lah cara budaya Timur, toksah la dok ikut budaya Barat tu. Takpayah nak bangga diri sangat. Bila org nasihat, die bukan nak dengar. Tawu la saya ni tak berpendidikan, saya dah tatawu camne nak nasihat dah"..

Pak Daud menghirup Nescafe yang dibancuh oleh Mak Tipah. Kemudian Pak Daud menambah " Gaji 3 ribu tapi tak penah nak cukup. Dia ingat, duit boleh beli semuanya. Dia lupa pada Allah. Dia lupa nak berdoa & sujud pada Yang Esa. Patut lah duit gaji tak penah nak cukup. Dapat gaji, makan besar. Tengah bulan, merengek mintak duit kita. Patutnya, dia senangkan kita, bukan sebaliknya!".

Semua kata-kata Pak Daud & Mak Tipah hanya mampu dikongsi berdua sahaja kerana sudah berbuih mulut menasihati anak mereka, Si Melur. Namun, Melur tetap tidak peduli malah bertekad tidak mahu kahwin kerana tiada siapa yang sesuai dengan kehendaknya. Mahu yang handsome & kaya saja katanya. Dunia, dunia .

Bila dah tua, mesti ada perasaan ingin bermenantu & menimang cucu. Apa rasanya, kalau kedua ibu bapa pergi meninggalkan dunia tanpa sempat bermenantu dan kempunan untuk menimang cucu. Jangan sampai menyesal tak sudah ..

Masing masing dah dewasa, fikirkanlah . :)

A F I Q A H Z A I R I Z A L

0 pencinta coklat: